Monday 28 February 2011

SURAU DARUL MAKMUR
MERU SELANGOR D.E

DISEDIAKAN OLEH:
NURSYAFIQAH BINTI YUSOFF
(2010897716)
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PROGRAM:
BM 111 (BMD2Ac)
TARIKH SERAH:
1 MAC 2011

ISI KANDUNGAN:

Bil.
        Tajuk
1

2

3

4

5
Abstrak

Pendahuluan

Konsep
Ø  Pengertian surau & dalil
Ø  Sejarah &kelengkapan
Ø  Carta organisasi
Ø  Takwim kegiatan

Penutup

Rujukan

ABSTRAK

Surau merupakan rumah Allah SWT yang menjadi tempat manusia bersujud, patuh dan mengingatNya. Pengunjung di dalamnya adalah orang yang memakmurkan dan sebaik-baik bidang tanah Allah SWT di muka bumi ini sebagai menara petunjuk agama untuk majlis zikir, mihrabnya pula adalah ibadah, menaranya pengajaran ilmu dan pengetahuan syariat islam. Walaubagaimanapun, peranan surau bukan hanya tertumpu pada tempat solat malah pelbagai aktiviti kerohanian dapat dijalankan. Surau dan masjid merupakan institusi yang penting. Oleh itu, sebagai umat islam kita haruslah bersama-sama menghidupkan masjid dan surau agar mendapat keredhaan Allah.

PENDAHULUAN

Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, tugasan CTU 151 yang diamanahkan oleh Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin ini dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Antara tajuk-tajuk yang diberikan saya memilih tajuk ‘sejarah dan kegiatan surau kariah’. Sebagai bahan ujikaji saya, Surau Darul Makmur menjadi pilihan. Bagi mendapatkan bahan, saya menemubual setiausaha jawatan kuasa Surau Darul Makmur, Haji Jalalul Sayuti Bin Salleh serta mendapat info lain dari penduduk setempat kariah tersebut. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana berkongsi informasi tentang Surau Darul Makmur tersebut. Sesungguhnya tanpa bantuan tersebut, penghasilan kerja kursus ini tidak dapat dilaksanakan  dengan sempurna.
Dalam kerja kursus ini, saya mengkaji sedikit sebanyak tentang sejarah Surau Darul Makmur yang terletak di Meru,Klang,Selangor Darul Ehsan. Selain itu, saya mengkaji tentang kegiatan-kegiatan surau tersebut sepanjang tahun ini. Terdapat pelbagai aktiviti sudah dirancang bagi mengimarahkan surau tersebut. Tambahan itu, saya menerangkan sedikit sebanyak tentang kemudahan-kemudahan yang terdapat di surau tersebut. Antaranya ialah stor menyimpan barang-barang seperti pinggan mangkuk, tempat parking dan sebagainya.
Hasil kajian ini jelas terbukti kepelbagaian peranan surau yang bukan hanya fokus kepada tempat solat malah pekbagai aktiviti boleh dijalankan di surau. Akhir sekali, saya berharap kita semua dapat bersama-sama mengimarahkan surau dan masjid kariah bagi mendapatkan keredhaan-Nya......
Sekian........

KONSEP

Surau adalah tempat beribadat yang khusus seperti solat dan i'tikaf bagi orang islam, dan juga menjadi pusat kebudayaan, muamalat (perhubungan) serta perkembangan dakwah Islamiah. Surau adalah pusat aktiviti umat Islam setempat. Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, malah boleh jadi sekadar bilik, tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai definasi Surau. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid, atau ada pula menyebutnya sebagai musollah (ejaan Inggeris). Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat jumaat melebihi 3 kali. Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat Jumaat di situ. Musollah pula bererti tempat bersolat.

Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk.”
(Bukhari)
Huraian:
·         Masjid dan surau adalah tempat yang suci dan mulia yang diberi penghormatan dengan menamakannya “Baitullah” (rumah Allah).
·         Baitullah yang paling besar dan agung adalah Baitullah al-Haram yang terletak di Makkah al-Mukarramah. Ia merupakan kiblat umat Islam di seluruh dunia.
·         Apabila kita memasuki mana-mana masjid hendaklah kita menunaikan hak masjid terlebih dahulu iaitu dengan mengerjakan sembahyang dua rakaat sebelum duduk.
·         Sembahyang tersebut dinamakan sembahyang “Tahyatul masjid”. ‘Tahyat’ di sini bererti penghormatan iaitu sembahyang yang dikerjakan secara khusus semasa tiba di masjid. Hukumnya adalah sunat

Dengan hadis berikut jelas terbukti bahawa kesucian surau sama dengan masjid. Oleh itu, kita perlulah mengimarahkan surau seperti mana sesebuah masjid itu diimarahkan. Dengan ini secara tidak langsung, ajaran agama Islam dapat dimartabatkan.

SEJARAH & KELENGKAPAN
(AWAL PEMBINAAN & TERBARU)

Surau atau masjid merupakan institusi yang penting dalam sesuatu petempatan melayu bagi menyembarkan dakyah Islam. Oleh itu, hasil perancangan bersama kerajaan negeri dan penduduk tempatan, Surau Darul Makmur telah dibina di Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan.  Nama surau tersebut telah ditetapkan dan disahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Menurut sebilangan kariah di surau tersebut mengatakan idea pembinaan surau tersebut datang dari Abdullah Bin Abdul Rahman, Ahmad Bin Abdul Rahman serta sidang kariah pada tahun tersebut sebagai kemudahan penduduk sekitarnya.
Bagi melaksanakan niat tersebut mereka telah menggunakan tanah perseorangan milik Haji Samsuri Bin Sujak yang telah diwakafkan sebagai tapak pembinaan surau itu. Pada peringkat awal pembinaan surau tersebut, struktur seni binanya menyerupai rumah tradisional melayu. Dahulu, kemudahan dan infrastruktur yang disediakan kurang lengkap. Manakala perjalanan aktiviti surau tersebut juga kurang mendapat sambutan.
Namun kini, surau tersebut menjadi tumpuan kerana bertempat di kawasan yang strategik. Surau ini terletak berhampiran jalan yang menjadi tumpuan laluan lalu lintas. Oleh itu, bagi menampung kehendak masyarakat tempatan yang semakin pesat surau tersebut telah dibaik pulih pada tahun 2009. Hasil kutipan dan sumbangan kariah serta bantuan pihak lain, surau tersebut telah dibina semula. Dengan semangat bersatu dan bergotong royong masyarakat  setempat bermuafakat membina surau tersebut, Alhamdulillah surau tersebut siap dibina sekitar awal tahun 2010.
Walaupun masih belum sempurna sepenuhnya, banyak perubahan telah dibuat terhadap surau tersebut. Antara yang paling jelas merupakan seni binanya yang lebih kelihatan moden tetapi masih bercirikan islam. Ruangan solat surau tersebut diubah suai menjadi lebih selesa dan lebih luas. Kemudahan kipas angin yang lebih banyak memberi lebih keselesaan untuk beribadah. Ruangan solat terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk jemaah lelaki dan jemaah wanita. Keseluruhan ruang solat dapat memuatkan seramai 200 orang jemaah tidak termasuk ruangan luar surau tersebut. Keliling surau ini terdapat serambi surau yang kelihatan indah kerana dihasilkan menggunakan jubin.
Selain itu, sudut info dinaik tarafkan dengan terletaknya jam dinding yang memaparkan waktu –waktu solat serta papan takwim yang berfungsi menyiarkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang miggu tersebut. Sudut hadapan ruangan surau terletak mimbar yang unik dan menarik. Walaubagaimanapun, mimbar tersebut jarang digunakan kerana surau ini tidak menjadi tempat untuk Solat Jumaat. Surau ini juga dilengkapkan dengan stor menyimpan barang. Hasil kutipan kariah, surau ini mempunyai pinggan mangkuk dan periuk belanga tersendiri bagi kegunaan sewaktu menjalankan aktiviti seperti sambutan Aidil Adha dan sebagainya.

sudut info yang memaparkan waktu solat dan
aktiviti mingguan yang akan dijalankan

ruang solat jemaah wanita

ruang stor menyimpan barang-barang

ruangan menyimpan pinggan mangkuk

CARTA ORGANISASI

PENGERUSI
HAJI MUHD TAMBEH BIN RADIMAN
SETIAUSAHA
HAJI JALALUL SAYUTI BIN SALLEH
BENDAHARI
MUHD NASIR
IMAM I
MUHD NAZRI BIN AHMAD
IMAM II
HAJI ABD RAHMAN
BILAL I
RAHMAN BIN SALIHIN
BILAL II
MOHD RIDWAN BIN ZAINUDDIN
BILAL JENAZAH I
MUSLIMAT
BILAL JENAZAH II
HAJAH BARIAH
AJK (KETUA)
HAJI MUHD NOOR
(PEMUDA)
ZAINURI BIN AHMAD
(WANITA)
HASHIMAH BINTI SALLEH

TAKWIM KEGIATAN :

Sebagai aktiviti mengimarahkan surau, jadual kegiatan surau ini telah dibincangkan oleh ahli jawatankuasa pada setiap awal perjumpaan tahunan dan akan dilaksanakan sepanjang tahun tersebut. Pelbagai aktiviti yang telah dipersetujui bersesuaian dengan peranan sesebuah surau. Surau berfungsi bukan hanya sebagai tempat melakukan ibadah khusus seperti solat malah berperanan sebagai pusat berdakwah, pusat berkumpul bagi penduduk setempat dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti ceramah agama, sambutan keagamaan dan sebagainya dapat membantu dalam perpaduan umat islam di dimana penduduk akan berkumpul di satu tempat seperti surau. Secara tidak langsung, hubungan sesama islam akan lebih tererat. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun ini adalah;

KELAS AL QURAN
Kelas ini akan diadakan pada hari Khamis minggu pertama dan ketiga. Kebiasaannya kelas tersebut akan dijalankan pada waktu siang. Kelas ini terbuka kepada semua golongan yang berminat untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang ilmu Al Quran.

PENGAJIAN MUSLIMAT
Pengajian muslimat terbahagi kepada beberapa kelas berkaiatan perkara-perkara fardhu,kelas tajwid,ceramah agama dan sebagainya. Kelas ini diadakan setiap Ahad minggu kedua dan keempat. Kelas ini akan diketuai oleh ustaz atau ustazah yang arif tentang ilmu tersebut. Dalam kelas tersebut, sesi soal jawap akan berlangsung dan memberi kesempatan untuk menambahkan ilmu agama kita.

GOTONG ROYONG
Bagi memastikan keadaan surau kariah tersebut dalam keadaan bersih, ahli kariah akan mengadakan gotong royong pada setiap Sabtu minggu pertama. Pada hari tersebut, ramai ahli kariah dan penduduk setempat bekumpul membersihkan surau. Acara ini jelas terbuktikan hubungan silaturahim sesama penduduk dapat diterapkan. Dalam aktiviti ini, ahli kariah perlu menyediakan makanan dan dibawa ke masjid untuk dijamah bersama selepas aktiviti gotong royong dijalankan.

       Gotong-royong bukan hanya dijalankan pada hari yang ditetapkan
 malah pada setiap hujung aktiviti yang dijalankan di surau ini.

TAHLIL
Setiap Khamis malam Jumaat, penduduk sekitar akan memenuhi ruangan surau untuk bacaan Yassin dan tahlil. Jadual telah ditetapkan kepada setiap ahli kariah untuk membawa sedikit juadah untuk dikongsi bersama selepas bacaan Yassin. Setiap minggu jadual akan berubah bagi sidang kariah.

HARI KEBESARAN
Dalam kalendar Islam terdapat banyak hari kebesaran seperti Maulidur Rasul,Hari Raya Aidiladha dan sebagainya. Pada setiap hari kebesaran Islam, Surau Darul Makmur akan menganjurkan sambutan hari tersebut. Sebagai contoh Sambutan Maulidur Rasul yang disambut baru-baru ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penduduk tempatan. 

majlis penyampaian hadiah pada sambutan
Maulidur Rasul anjuran surau ini

ANJURAN PROGRAM AMAL

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan, keperluan, kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya”.
Riwayat Abu Daud
Huraian:
·         Berdisiplin ketika bekerja merupakan kekuatan yang menggerak kepada kejayaan dan kemenangan.
·         Dalam melakukan urusan dengan orang ramai (masyarakat) perlulah dilakukan dengan adil dan menyesuaikan keutamaan tanpa ada perasaan pilih kasih dan sebagainya. Jika tidak akan berlakulah kezaliman dan penganiayaan terhadap orang lain.
·         Oleh itu untuk mendapatkan ganjaran ibadah dalam setiap kerja yang dilakukan patuhilah peraturan dan arahan dengan baik serta melaksanakan sesuatu tugas dengan tertib dan beradab dengan menjaga tentang aspek pengurusan waktu yang telah ditetapkan. Dengan itu kita akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan mendapat ganjaran yang selayaknya di akhirat nanti.

Tidak dilupakan golongan kurang upaya, surau tersebut juga akan mengada beberapa program amal bersama golongan kurang upaya. Sebagai contoh, mereka menganjurkan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Aktiviti seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban golongan yang memerlukan. Secara tidak langsung, kita dapat mendekatkan diri lebih kepada Yang Maha Esa.
Selain itu, surau ini juga ada menganjurkan Kem Anak Soleh yang disertai oleh kanak-kanak penduduk tempatan. Aktiviti tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh penduduk tempatan.

...................................................................................................................................................

Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang tahun, tetapi aktiviti-aktiviti tersebut masih kurang mendapat sambutan penduduk setempat terutamanya golongan belia. Sesungguhnya golongan remaja sangat penting dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar dapat diwariskan kepada mereka untuk menguruskan surau tersebut pada masa akan datang. Sidang kariah masih buntu menghadapi masalah-masalah seperti itu kerana penglibatan para remaja dalam setiap program yang diadakan kurang memberangsangkan.
Selain itu, pihak pengurusan Surau Darul Makmur mengalami masalah kewangan. Kawasan sekitar surau tersebut masih belum siap sepenuhnya selepas pembinaan semula pada tahun 2009 kerana masalah kewangan yang dihadapinya. Kawasan sekeliling surau tersebut masih belum diturap dan terbiar buat masa sekarang. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak pengurusan berusaha kuat untuk mendapatkan bantuan derma atau sebagainya. Tabung surau terbuka untuk kutipan dari ahli kariah agar dapat digunakan dalam proses menyiapkan kerja-kerja yang tergendala itu.
Selain itu, kemudahan surau tersebut juga masih belum lengkap dan menyukarkan perjalanan hal-hal tertentu. Sebagai contoh, keadaan tabung surau sangat membahayakan kerana menggunakan tabung yang kurang sistem keselamatan. Tabung yang kecil dan ringan memudahkan pencuri melakukan niat jahat mereka. Selain itu, surau tersebut masih belum mempunyai tempat spesifik untuk pengurusan jenazah. Hal ini menyukarkan proses memandikan jenazah sekiranya ada kematian berlaku.
Sebagai pusat penyebaran ilmu, surau ini masih belum mempunyai bahan bacaan keagamaan. Hal ini megakibatkan ruangan buku-buku islamiah kelihatan kosong dan mencalarkan sedikit peranan surau itu sendiri.
Walaubagaimanapun, setiap masalah yang dihadapi akan dibincangkan dan diselesaikan dengan baik oleh sidang kariah dan penduduk setempat. Dengan kerjasama setiap ahli kariah dan penduduk setempat, semua masalah dapat diselesaikan dengan sempurna.

PENUTUP

Secara kesimpulannya, Surau Darul Makmur telah dibina di kawasan yang strategik dan mampu menjadi tarikan sebagai penyinggahan menghadap Ilahi sebelum meneruskan perjalanan. Terbinanya surau ini bukan hanya sebagai tempat solat, malah pelbagai aktiviti boleh dijalankan dalam mengeratkan diri kepada Allah dan sesama manusia.
Sebagai umat islam yang mukmin, kita haruslah mengimarahkan surau dengan sebaik mungkin supaya lebih diberkati Allah SWT. Pada era globalisasi ini, lebih ramai yang mengejar kepentingan duniawi yang sementara berbanding ukhrawi. Kita haruslah membahagikan kepentingan dunia dan akhirat dengan betul agar hidup lebih diberkati oleh Yang Maha Esa.
Dengan penghasilan kerja kursus ini, jelas terbukti surau bukan sahaja berfungsi sebagai tempat solat malah pelbagai aktiviti boleh dijalankan. Antaranya aktiviti-aktiviti sosial seperti gotong-royong, sambutan Aidil Adha dan sebagainya. Hal ini memberi banyak kebaikan kepada umat islam. Secara tidak langsung perpaduan umat islam dapat dieratkan.
Harapan dan saranan saya terhadap permasalahan yang dihadapi adalah supaya golongan remaja akan lebih terbuka mata dalam menyembarkan dakyah islam. Dalam zaman ini, islam semakin dipandang rendah oleh golongan penganut agama lain. Oleh itu, generasi muda haruslah memainkan perana penting dalam memartabatkan agama islam serta menjaga nama suci islam yang merupakan agama Allah. Dengan ini, kekuatan umat islam dapat dipertingkatkan dan akan lebih digeruni oleh penganut agama lain.

RUJUKAN

§  Haji Jalalul Sayuti Bin Salleh, Setiausaha Surau Darul Makmur, Persiaran Hamzah Alang, Selangor Darul Ehsan.

§  Hashimah Binti Salleh, Ahli jawatankuasa Surau Darul Makmur

§  Yusoff Bin Abdullah, Ahli kariah Surau Darul Makmur

§  http:/abdazizharjin.blogspot.com

§  http:/halwa-meru.blogspot.com

                                                                                   sekian.................